BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, January 8, 2010

kisah cinta gadis penunggu...2003 -2009


kisah cinta gadis penunggu bermula beberapa tahun yang lalu...watak dalam cerita cinta ni akula...masa tu aku ada ikut satu program ni...aku ikut program tu dari aku darjah 6....mulanya aku x peduli pun kat sapa2..biasala aku jenis yang bawak haluan sendiri ..masa tu aku fokus kat program tu sampai la masa aku form 3..masa tu aku asyik usha sorang budak laki ni...aku pun xsedar sejak bila aku minat kat dia...p yang aku perasan aku dah jatuh cinta masa ketua program tanya brapa org kat sini yang rasa dia boleh terbang??...pastu ramai la budak2 yang cemerlang n tahap berani tampil ke depan nak bagi idea termasuk la budak yang aku minat tu..macam2 la jawapan yang diaorang bagi..budak tu pulak x silap aku dia jawab apa eh dh lupa dh aku...dia kata terjun dari tilam ke apa..masa tu aku pulak yang rasa malu..hehe..aa la..dia selamber je bagi jawapan yang macam tu..tapi kira dia hebat la sebab berani ke depan..aku pulak jaga ayu aku dudok tengok diaorang..haha..

Sejak itu la aku semakin kerap tengok dia...tula first time aku jatuh cinta kat orang...sebelum ni hati aku x terbuka pun...xlama pastu program kami orang pun berakhir dan aku pun pulang tanpa apa2 tindakan...masa dah balik tu aku selalu teringat kat dia..fikir2 pasal dia...masa tu fikirkan dia pun dah cukup bahagia bagi aku...kat sekolah pulak aku buat2 macam diri aku dah ada kekasih sebab xnak bukak hati kat orang lain..masa tu budak tu laa jdi mangsa...p aku pun hairan kenapa aku boleh rasa confirm je dia jodoh aku masa tu....masa tu la...masa form 4 pulak hari yang aku tunggu tiba..mana taknya, boleh jumpa dia lagi kat program tu..masa check in tu mata aku asyik nak cari dia je...p macam xda..aku dah redha dah pastu teserempak dengan dia..hehe..hati aku time tu bedebar2..rasa nak terkeluar jantung aku...memang bes gler aku rasa...

Pastu program kami org pun bermula la mcam biasa dengan bermacam - macam aktiviti..masa tu kakak budak tu ada kat sekolah aku....sama group aku jadi pengawas...pengganas sbenarnya..haha..aku ada gak tanya pasal budak tu kat kakak dia tapi xboleh la nak tanya lebih2 nanti kena suspek pulak..aku tanya sikit2 je n kakak dia pun jawab sikit je la..masa program tu aku tengok dia n kadang2 dia perasan aku tengok kat dia..kadang2 kami 2 sma2 tengok pastu eksen la tengok kat tmpat lain..dlm hati pulak..aduhai apesal kantoi tengok dia..haha..bes gak la kenangan tu...hari last program tu aku tengok dia puas2 dengan emosi yang x stabil sebab tahun tu merupakan tahun last program kami orang..pastu kelab tu akan ambil budak baru...akupun balik dengan bawa kenangan manis kat sana..

Lepas hari tu aku dah x jmpa lagi budak tu..sekolah kami orang dekat je tapi kalau ada aktiviti ke apa xpenah pun jmpa...masa form 5 tu ada lagi sorang kakak dia masuk sekolah aku...aku pun kawan macam biasa ngan kakak dia...aku tanya budak tu buat apa...n apa2 yang sepatutnya la..kakak dia pun bagi tau la apa yang patut..msa tu kawan2 aku yang rapat semua dah tau yang tu kakak dia sampai dia orang usik aku dengan ayat ni " kakak di baik adik di kait " ..mksudnya aku nak rapat2 ngan kakak dia sebab nak dapatkan adik dia..mengarut je diaorang..time tu aku ikhlas je nak kawan...pastu aku rasa kakak dia dpat hidu yang aku syok kat adik dia...aku pulak buat2 tak tau je la..malu la..hehe..aku selalu gak mesej kakak dia...tiba2 satu hari ni aku dapt mesej dari no yang aku xkenal...aku tanya sapa..pastu dia bagitau la kawan..yang menghairankan aku mesej budak yang x dikenali ngan kakak budak yang aku minat tu saling silih berganti...bila mesej kakak tu delivered mesej bdak tadi pending n sebaliknya...rupa2 nya budak tu yang hantar mesej..heheh...berbunga2 je aku rasa..

Dari situ bermulalah perkenalan kami berdua..sejak hari tu hampir tiap hari kami orang berbalas mesej..tapi masa tu dia xda handphone lagi...jadi kami orang mesej bila dia dapat pinjam hp kakak dia..xsampai pun seminggu dia ajak aku couple...dalam hati aku yeayea!!!!!!!!..aala aku syok kat dia dari form 3 bayangkan la berapa lama aku tunggu saat tu..tapi aku nak jual mahal la gak...aku lengah2kan masa..pastu dia kata dia nak bagi hp kat kakak dia aku pun bagitau esok je aku bagi jawapan dia..dia pun ok je...malam tu aku memang nak terima tapi aku nak bagitau esok la..biar masa dia bukak no dia mesej aku setuju jdi kekasih dia tu dia dapat...pg keesokkannya awal2 pg aku hantar mesej n gtau yang aku trima...bila dia dh baca mesej tau apa dia balas.??..yahuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!..aku ingat lagi ayat tu..hehe...syok gler rupanya...dia baru je kenal aku xtau lagi aku siapa...pastu kami orang pun couple la...bila dh balik sekolah dah xboleh bawak hp jdi kami 2 juz berutus surat..yang jadi posmen nya cousin dia la yang sama sekolah ngan aku..hihi..tiap kali minggu balik bermalam ada je surat yang aku bg kat dia..n tiap kali blik sekolah ade jgak la surat yang dia balas...memang mnis je masa tu...bila dah dekat nak exam tu dah kurang ckit dah hantar mesej ..aala nak fokus ngan study...p aku tengah study boleh lagi angau fikir2 dia..huhu

Bila result keluar dia dapat 10A1..aku pulak juz dapat 2A...jauh sangat beza..aku malu sangat kat dia...masa tu aku dah rasa rendah diri sangat2...sampai aku rasa aku ni x sekufu langsung dengan dia...sejak hari tu aku rasa nak putuskan je hubungan kami org sebab aku rasa aku xlayak untuk dia ..dia budak cemerlang aku pulak xda papa...sejak hari tu aku selalu je nak cari gaduh ngan dia..aku sengaja buat2 benda yang dia x suka...termasukla aku curang kat dia...pastu dia ajak jumpa sebelum dia smbung study kat damansara..aku pun suka gak boleh jumpa..dah setahun x jumpa..pastu bila dah nak jumpa dia hantar mesej gtau yang dia xleh nak jmpa aku sebab dia terpaksa amik result xray dia kat hospital..pastu aku pun ok jela..xkanla nak memaksa..walaupun hati kecewa xdapat jumpa...bila dah jauh kami 2 semakin kerap gaduh..aku pun asyik nak marah2 je...mmg niat aku nak hentikan hubungan kami orang...aku tension sebab aku rasa aku layak untuk dia..pastu aku hantar mesej kat dia bagitau aku curang..mula2 dia macam xkisah n boleh trima aku curang..time tu aku rasa suka da gak aku rasa marah ada gak..aala aku nak dia tinggalkan aku n cari perempuan yang sekufu ngan dia..aku paksa dia kata aku nak putus..tp dia x bg...

Pastu aku dapat mesej dari dia..dia kata nak putus..dia xnak fikir hal bercinta2 lagi...mula tu aku boleh suka pulak dia putuskan aku sebab aku rasa puas hati..hahaha.. 8least dia boleh bahagia ngan prempuan lain ..selepas hari tu aku luangkan masa ngan kawan2 aku n family aku...tiap kali aku mesej dia lepastu aku asyik tanya dah ada pengganti ke?..dia pulak asyik jawab xda..smpai la satu hari tu,,masa aku tengah jaga kedai laksa abang aku dia blas dia dah ada perempuan p dia masih nak tgok2 dulu..huhu..aku sedih masa tu..tapi biasa la aku sebab ego aku pulak kata bagusla mcamtu..aku pulak bagi sokongan kat dia supaya jga hubungan elok2..pastu aku pulak dapat tawaran ke politeknik..aku harap bila aku dah study aku dapat lupakan dia...tapi hati aku macam xboleh..aku asyik fikir pasal dia..n bila aku rindu aku hantar mesej..pastu dia bagitau yang dia dah ada kekasih..n dia siap hantar mms lagi tunjuk kat aku..haha..aku pulak..mcam biasa..pura2 suka sedangkan hati derita..

Sejak aku tau dia dah da kekasih aku x kacau dia lagi...kalau mesej pun sekadar cakap benda penting..sebelum dia nak couple aku ada ajak dia return back tapi dia ni punya la kuat pendirian xnak langsung..dia kata sanggup ke tunggu dia x ska lagi kat pmpuan tu...aku pulak sggup je...pastu dia kata x payah la tunggu dia..tapi sebab aku dilahirkan degil aku nak jgak tunggu dia...masa kat poli ada jugak aku minat kat budak laki tapi suma x kekal..aku minat sementara je..pastu aku sedar yang aku masih sayang n xdapat lupakan 1st love aku...masa tu aku menyesal sangat2 sebab xjaga hubungan kami orang baik2..msa tu aku masih mentah x fikir jauh pun....sementara dia bahagia ngan kekasih baru dia aku pulak layan perasaan sendiri..asyik fikir dia...kadang2 aku seronok tgok dia bahagia tapi kadang2 aku sdeh knapa bukan aku yang bhagia kan dia..

Bulan Februari 2009 aku terserempak dengan bdak tu ngan kekasih dia..bedebar2 jantung aku...kalu jmpa orang lain xpulak jantung aku bedebar macam tu..aku pulak masa tu keluar ngan kawan2 aku...2 llki 2 perempuan kira mcam couple la kmi orang..bdak yang sorang tu pulak sebab dia pandai drive..n dia sma klas..masa tu dia tengah pilih2 makanan dengan kekasih dia, aku pulak tengok je dari jauh n sampai la dia tertengok aku...aku tengok muka dia berubah terus..haha...mane x nya brapa lama dah xjmpa..aku plak yang masa tu dah nak balik terpaksa la melalui bahagian diorang dudok..aku juz tgok n senyum ckit je kat dia..aku takut mkwe dia perasan kan mampus aku..pastu dengan hati yang x tenteram aku n kwan aku nak jalan2 g shopping...kawan baik aku pulak asyik suruh aku cool..haha...mana x nya lepas tu aku jdi x keruan dh..haha...bila jalan2 g shopping terserempak lagi ngan dia n kekasih dia tu...aku nak mengelak asyik terjumpa je...pastu 2 hari lepas tu aku teserempak lagi dengan dia...memang asyik nak terserempak je..aku pun xtau apa la mknanya...

Xlama lepas tu aku mesej dia tanya btul ke dia yang aku jumpa hari tu..dia pulak terus bagi ym dia suruh aku add..aku pun add je la...lepas tu kmi 2 mula berhubung balik gna ym...raya aidiladha tu dia balik salayue'..dia study kat oversea..masa tu dia dah break ngan makwe dia..pastu aku gurau je tanya nak jmpa aku x..dia pulak jwab ok je...pastu kmi org plan la nak keluar bila...23/12/2009 first time kmi 2 bjumpa face to face stelah 5 thun lebih...masa tu g tengok wayang cerita avatar bes gak...n masing2 cerita hal lama...pastu bila dia nak hantar aku balik tiba2 dia tanya mcam mana kalau dia ada kekasih..aku plak trus diam xterkata...aku tanya dia ada kekasih ke..pastu dia diam je..aku paksa lagi..pastu dia pun gtau dia ngan best friend dia..pastu aku pun naik angin la sbb dia x bagi tau yang dia dah ada kekasih ..aku igatkan dia xda kekasih...sekali lagi aku frust..dia pulak asyik minta maaf kat aku..dia sebut perkataan tu ntah berapa kali ntah...aku pulak maafkan je la...maybe memang bukan jodoh aku ngan dia..biala kenangan tu aku simpan baik2....pastu aku pulak hindarkan diri dari dia...lebih2 lagi bila dia bagitau yang dia nak bertunang tahun depan...tahun ni la 2010..haha...aku pulak x boleh nak kata papa hak masing2...aku redha je...mybe aku xlayak untuk dia n dia pun x layak untuk aku...msa ni aku tgah dalam proses nak lupakan dia...seandainya dia bukan jodoh aku,aku harap Allah hilangkan rasa sayang dan setia aku kat dia....buat masa ni blum lg...(",)..apa2 pun serah kan kepada Allah..kalau ada jodoh adala..kalau x, mungkin ada lagi yang terbaik...:p..setakat ni, tu je la kisah cinta gadis penunggu...insyaAllah kalau ada perkembangan aku kongsi bersma ...





0 comments: